Wednesday, October 15, 2014

GA NAKAL LAGI

https://www.youtube.com/channel/UC0N-ZvxJcoT70s4cA9XkoXA/feed
 
Bersama kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikan seperti berikut:
  1. Sebaiknya ubahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengubah orang lain. Jika anda masih di takuk yang lama, seolah-olah cakap tak serupa bikin.
  2. Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Untuk meninggalkan sikap buruk yang telah sebati dengan diri pasti sesuatu yang sukar dan memerlukan masa.
  3. Usah bertangguh untuk melakukan perubahan kerana jika dibiarkan pasti ianya semakin melarat dan sukar untuk diubah.
  4. Lakukan perubahan dengan niat yang ikhlas serta bersungguh-sungguh. Paksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati kerana nafsu akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. 
  5. Lakukan perubahan secara berulangkali sehingga ianya sebati dengan diri kita. Teringat kata-kata cikgu aku ketika di sekolah dulu, "Jika hendak berubah untuk tidak meninggalkan solat, cuba lakukannya sebanyak 40 waktu berterusan, pasti kita akan sayang untuk meninggalkannya kerana ia sudah terbiasa dengan diri kita."
  6. Berubahlah kerana anda ingin berubah, bukan disebabkan oleh orang lain. Kerana perubahan sebegitu pasti tidak ikhlas dan anda pasti akan kembali ke takuk yang lama. 
Oleh itu, masa yang berlalu pasti tidak akan kembali lagi, jadi usah bertangguh sehingga masuk tahun baru hendak berubah ke arah kebaikan. Apa yang penting adalah terus istiqamah (konsisten) untuk berubah menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment

BELAJAR BERKARYA ©2010 Blog Designed by Jls Solin

All Images Froom JlsSolinmikemana Anakpemulung Gelandangpengagguran YangGilatidakwarastidak